front page

Saturday 11 June 2016

TIPS MINUM AIR DI BULAN RAMADHAN

ENTRI 21

Teks : Emy Idayu Binti Abu Bakar
Foto : Carian google

Alhamdulillah dah seminggu rupanya berpuasa.Dalam kita menjalani ibadah puasa, jangan abaikan pengambilan air yang mencukupi untuk keperluan tubuh. Bukan apa, bimbang dehidrasi maklumlah sekarang ni kan musin panas.Masa berpuasa ni memang susah untuk memastikan kita minum 2-3L air setiap hari kan?

Jom saya kongsikan panduan cara mudah minum air, agar lebih mudah untuk anda menghabiskan 2-3L air sehari, sepanjang bulan Ramadhan ini.


  1. Semasa berbuka, mulakan dengan minum segelas air kosong suam. Elakkan minum air berperisa dan berais lebih dari 1 gelas. Lebih banyak air berperisa dan berais anda minum, semakin kuranglah anda meminum air kosong.
  2. Semasa solat tarawih, bawalah sebotol air kosong sama ada 500ml atau 1 liter dan minumlah selepas salam di antara setiap solat.
  3. Semasa tidur, amalkan membawa botol air kosong dan diletakkan di meja sisi katil anda. Apabila anda terjaga pada bila-bila masa, minumlah sedikit air.
  4. Semasa bangun sahur, jika anda berazam untuk beramal di sepertiga malam, amalkan seperti ketika anda bertarawih. Sediakan air kosong di sisi anda. Sudah tentu tekak akan menjadi kering semasa berzikir atau membaca quran.
  5. Minum mengikut sunnah
  • Membaca “Basmallah” sebelum, memuji Allah selepas minum.
  • Minum duduk.
  • Minum dengan tangan kanan.
  • Minum dengan 3 nafas.
    •  Abra’ (Melepaskan penyakit)
    •  Arwa’ (Menghilangkan kehausan)
    •  Amra’ (Menguatkan sistem pencernaan)
  • Minum air selepas minum susu (atau minuman yang berlemak)
  • Membaca doa selepas minum.
  Saya selalu ada tiga jenis air semasa berbuka. Korang camne?

1. Air panas: Ini biasa untuk berbuka. Ini untuk bantu “panaskan” sistem penghadaman yang telah berehat lebih kurang 12jam.Tapi  janganlah panas mendidih. 

2. Air kosong: Ya untuk dahaga lah kan dan ia tidak berkalori.Apa-apa pun tak perlu terus belasah 3-4 gelas air - nanti buncit perut dan tak selesa. Take it slow and easy. 

3. Air manis: Untuk air manis, nasihat saya, minum last sekali. Ini untuk nafsu tapi kalau berlebihan, kalori pun berlebihan.

Pastikan minum air secukupnya ikut keperluan badan terutama jika ambil supplement macam perlaking, fat burner mega dan sebagainya,

No comments:

Post a Comment