front page

Sunday 15 May 2016

PENGENALAN DIRI

ENTRI 1
Teks : Emy Idayu Binti Abu Bakar
Foto : Simpanan peribadi

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, dengan izinNya dapat juga saya melapangkan sedikit masa untuk memperkenalkan diri ini. Saya Emy Idayu Binti Abu Bakar  tetapi lebih dikenali sebagai Emy dikalangan keluarga dan rakan-rakan . Merupakan anak sulung dari 4 beradik. 

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Chukai Kemaman. Seterusnya melanjutkan persekolahan di peringkat menengah di Sekolah Menengah Menengah Chukai sehingga tingkatan 2 dan meneruskannya di Sekolah Menengah Sultan Omar. Selepas SPM saya mula meneroka kehidupan di Kolej Kejururawatan Alor Setar untuk diploma kejururawatan. Diploma Kebidanan pula diperolehi di Kolej kejururawatan Kuala Terengganu.

Kerjaya kejururawatan saya bermula di HKL pada tahun 1999-2002. Semasa mengandungkan anak pertama pada 8 bulan kandungan, permohonan untuk bertukar ke sisi suami diluluskan. Kali ini di tempatkan ke klinik kesihatan. Pengalaman tidak serasi dengan 'home visit' dan jarak perjalanan yang jauh dari rumah menyebabkan saya memohon ke hospital semula. Kerjaya saya sebagai jururawat berakhir di Hospital Dungun. Terlalu banyak suka duka bergelar 'misi' yang ingin saya kongsikan, insyaAlaah pada pertemuan yang lain.

Hasil perkongsian hidup dengan suami kami di kurniakan 5 orang anak yang sentiasa mewarnai kanvas kehidupan. Demi anak-anak saya membuat satu keputusan besar dalam hidup iaitu bersara awal dan mencuba nasib dalam bisnes online. Matlamat utamanya adalah untuk sentiasa berada di sisi keluarga apabila diperlukan. Setiap hari melihat ibu-ibu bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat mereka menyebabkan saya menghargai amanat Allah ini.

Alhamdulillah saya dipertemukan dalam keluarga besar ABDR dibawah kelolaan Cikgu Anys Idayu Zakaria. Hasrat saya semoga saya lebih konsisten dan fokus dalam mencari ilmu baru tentang pengurusan bisnes online melalui blog. Selain itu, semoga dengan ilmu yang saya dapat ini akan memberi manfaat untuk diri sendiri, keluarga, agama dan masyarakat, insyaAllah.



Salam perkenalan.




No comments:

Post a Comment